We want your experience with us to be easy and hassle-free. Procedure will be written in Bahasa as its only applicable within Malaysia and only for Malaysia citizen. This procedure is applicable only to individuals/companies holding a valid firearms licence.
-
Dapatkan permit pembelian peluru/senjata api (POL116) yang sah dan masih berkuat kuasa. Pastikan permit tersebut mempunyai dua (2) salinan. Iaitu salinan berwarna merah jambu (pink) dan salinan berwarna coklat untuk tujuan rekod serta pemeriksaan pihak berkuasa.
-
Tempoh sah permit pembelian peluru/senjata adalah selama satu (1) bulan daripada tarikh yang tertera pada permit tersebut. Manakala tempoh sah untuk mendapatkan permit pembelian (POL116) daripada surat kelulusan adalah selama enam (6) bulan (bagi permit senjata api). Pembelian hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku yang ditetapkan.
-
Sila kembalikan permit yang telah didaftarkan/disahkan oleh pihak pembekal (syarikat) kepada Bahagian Perlesenan IPD masing-masing untuk tujuan rekod dan pengesahan lanjut.